Monday, 1 December 2014

Apabila cikgu berbicara


~Lucky Disember~
Bulan Disember telah menjelma menjemput kita untuk beralih ke tahun yang baru iaitu "2015". Alhamdulillah Tuhan memberikan kesempatan yang berterusan untuk cikgu sentiasa meneruskan hasrat dan impian cikgu untuk meneroka ilmu sebagai bekalan saat cikgu menjadi pendidik kelak serta mencari bekalan untuk cikgu gunakan pada akhirat kelak. Kesungguhan ini diteruskan demi kedua ibu bapa yang tersayang untuk melihat cikgu menjadi pembimbing anak bangsa. Hati merasa bangga kerana dapat menjadi salah seorang mahasiswi di Universiti yang terbaik di dalam Malaysia iaitu UKM.  Mudah-mudahan Allah memberkati perjalanan cikgu sebagai usaha untuk mendapat title `JUTAWAN AKHIRAT'. 

No comments:

Post a Comment