TUGASAN

TUGASAN INDIVIDU: KOLEKSI GAMBAR ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) BUKAN ELEKTRONIK

TUGASAN 1: JAM

         Alat Bantu Mengajar (ABM) ini adalah bertujuan untuk mendedahkan pelajar tentang penggunan masa dan jam. ABM  jam adalah untuk mengajar pelajar membaca mengguna dan membaca jam dengan betul. Jam tersebut diperbuat dengan menggunakan kotak tisu yang membolehkan pelajar merasa dan menyentuh secara konkrit dimana dapat merangsang deria sentuh pelajar. No-no tersebut dibuat daripada kertas warna dan diwarnakan dengan menggunakan pensil warna. Hal ini berfungsi untuk merangsang deria penglihatan pelajar supaya meningkatkan kemahiran pengamatan dan merangsang semangat pelajar untuk belajar dengan lebih minat. ABM ini sangat sesuai digunakan oleh guru kerana masa adalah penting kerana kebolehan untuk melihat jam dapat memudahkan kita berurusan dengan teratur dan sistematik. Guru jugadapat menciptanya dengan mudah  serta bahan-bahan yang diperlukan juga ringkas dan boleh menggunakan bahan-bahan terbuang. Selamat mencuba semuanya ! :)
GUDLUCK GUYS !!













BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
1. Kotak Tisu
2. Pembalut Hadiah
3. Salotape
4. Gunting
5. Kertas warna
6. Gam

LANGKAHA-LANGKAH:
1. Balut kotak menggunakan pembalut hadiah
2. Ukur kertas warna dan gunting
3. Tampal kertas yang telah digunting pada bahagian atas permukaan kotak
4. Tampal nombor (1-12) dan jarum saat
5. Cucukkan paku tekan pada jarum saat.















TUGASAN 2: KULIT BUKU


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ini adalah kulit buku atau "cover book" yang telah saya hasilkan dengan menggunakan "Microsoft Publisher". Alhamdulillah, Kursus Tekonologi dalam Pendidikan telah memberi kemahiran yang baharu kepada saya untuk menghasilkan lebih banyak kreativiti terutamanya dalam rancangan pengajaran saya kepada pelajar-pelajar kelak. Semoga kemahiran ini membantu saya mencipta pengajaran yang berkesan. 
In shaa Allah






TUGASAN BERKUMPULAN


TAJUK VIDEO:
"KAMILAH GURU"

AHLI KUMPULAN:
1. ILARUHI BINTI HAMID
2. NORZIANI BINTI AZIZ
3. NOOR AZIAHANA BINTI MOHD FEKRI





TUGASAN BERKUMPULAN (ESEI)



GGGE 2153 TEKNOLOGI PENDIDIKAN

TAJUK:
PENGGUNAAN YOUTUBE DALAM PENDIDIKAN

NAMA AHLI KUMPULAN:
ILARUHI BINTI HAMID (A143879)
NORZIANI BINTI AZIZ (A143869)
NOOR AZIAHANA BINTI MOHD FEKRI (A143898)

NAMA PENSYARAH:
ENCIK MD YUSOFF BIN DAUD





ISI KANDUNGAN

1.0    PENGENALAN
2.0    SEJARAH YOUTUBE
3.0    JENIS-JENIS VIDEO DALAM YOUTUBE
4.0    PENGGUNAAN YOUTUBE DALAM KALANGAN GURU
5.0    PENGGUNAAN YOUTUBE DALAM KALANGAN PELAJAR
6.0    KESIMPULAN
7.0    RUJUKAN



1.0   PENGENALAN

Perkataan teknologi berasal daripada bahasa Yunani, “techne” yang bermakna kemahiran menggunakan pengetahuan secara sistematik sehingga terbit satu amalan yang praktikal bagi melaksanakan sesuatu tugas. Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi proses dan idea. Kekuatan teknologi terletak terutamanya pada proses dan teknologi manakala kejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat. Manakala menurut kata Heinich, Molenda dan Rusell (1969) “Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi proses dan idea. Kekuatannya terletak terutamanya pada proses dan idea, manakala kejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat. Ini bermakna, dalam merancang sesuatu pengajaran, perancangan awal yang melibatkan penggunaan idea sama ada dalam bentuk teori, pendekatan, kaedah dan sebagainya adalah merupakan proses yang terpenting. Alat pula merupakan “pemangkin” ke arah mencapai kejayaan.”

Teknologi telah membawa aplikasi yang pelbagai terutamanya dalam bidang pendidikan sebagai contoh penggunaan youtube. Pengajaran yang menggunakan alat bantu mengajar terkini dapat membantu meningkatkan minat dalam kalangan pelajar untuk mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Sekiranya alat ini digunakan secara berkesan dan sistematik guru dapat mencari jalan penyelesaian bagi mencipta rancangan pengajaran yang menarik kepada pelajar. Youtube mengajak pengguna sebagai pengulas dan pencipta iaitu satu aktiviti yang merupakan satu kemahiran penting dalam budaya eletronik masa kini. Walaupun kebanyakkan video yang ada di dalam youtube tidak mempunyai matlamat pendidikan, aplikasi ini banyak menggalakkan kajian menggunakan media baharu. Kebanyakkan pendidik percaya bahawa penggunaan youtube dalam pendidikan membantu pengajaran menjadi lebih berkesan.

Laman web youtube merupakan laman web perkongsian video yang membolehkan pengguna untuk memuat turun, memuat naik, menonton, dan berkongsi video dari seluruh dunia untuk kegunaan semua pengunjung. Laman web ini juga membolehkan pengguna untuk memuat turun video peribadi, menonton video kegemaran yang dimuat turun oleh pengguna yang lain, memberi komen dan perbincangan yang berbentuk video, menonton video interaktif yang disediakan khas untuk kanak-kanak dan juga boleh digunakan kepada kanak-kanak berkeperluan khas. Hal ini menunjukkan youtube memberi kemudahan kepada pelajar dimana ianya berpotensi untuk mendedahkan pelajar kepada wawasan dan kemahiran serta memberi peluang kepada pelajar berhubung secara maya atau atas talian dengan pelbagai komuniti. Keberkesanan laman web ini bertujuan mengubah pelajar daripada pelajar pasif kepad pelajar yang aktif menyertai proses pembelajaran.

2.0 SEJARAH YOUTUBE

Laman web youtube telah ditubuhkan pada bulan februari 2005. Terdapat 3 orang pengasas laman web ini iaitu Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim. Mereka ini merupakan bekas karyawan di PayPal. Idea awalnya terciptanya laman web youtube ini terhasil apabila mereka ingin membahagikan atau berkongsi video pesta makan malam yang dihasilkan oleh mereka melalui email tetapi hasrat mereka tidak tercapai kerana lampiran video tersebut mempunyai memori yang teralu besar dan tidak dapat dimasukkan ke dalam email. Oleh yang demikian, mereka telah membuat keputusan untuk mencipta satu laman web video sederhana yang membolehkan video tersebut dimuatnaikan di internet dan dilihat oleh orang ramai. Kesan daripada penciptaan laman web tersebut menjadi salah satu laman web video kongsian yang paling popular di internet dan dikenali sebagai youtube.

Video pertama yang mula-mula dimuatnaikan dalam laman web youtube ialah video berjudul “Me At The Zoo” yang dibintangi oleh Jawed Karim di lokasi zoo San Diego. Sehingga kini video tersebut masih  lagi terdapat dalam youtube. Namun begitu, pemilihan nama www.youtube.com telah menimbulkan masalah kepada pengasas laman web tersebut. Hal ini kerana terdapat laman web yang sama dengan nama laman web youtube iaitu laman web www.utube.com.

Pada November 2006, pemilik laman web tersebut iaitu Universal Tube dan Rolform Equipment telah memberi ugutan kepada youtube setelah mengalami kelebihan secara teratur yang diakibatkan oleh pengguna yang memasuki laman web youtube. Pada bulan oktober 2006, Google Inc telah membeli laman web youtube dengan harga bernilai 165 million dolar US daripada pengasasnya. Pada masa kini, laman web youtube telah menjadi salah satu laman web online yang paling dominan dan popular di negara Amerika Syarikat serta diseluruh pelusuk dunia.


3.0 JENIS-JENIS VIDEO DALAM YOUTUBE

Penggunaan video dalam youtube ini adalah sangat meluas dan diperkatakan pada zaman serba moden ini.Penggunaan pelbagai video ini adalah bagi tujuan hiburan,pendidikan,memberi maklumat dan berbentu peribadi sahaja.Kebanyakan video ini adalah untuk tatapan umum seperti boleh diakses oleh pelbagai lapisan masyarakat sama ada melayu,cina dan india.Malah tatapan video ini juga boleh diakses oleh pelbagai lapisan peringkat umur tidak kira peringkat kanak-kanak,remaja,dewasa dan golongan tua.Antara jenis-jenis video  yang terkandung dalam youtube ialah  berbentuk muzik,filem,video klip dan video yang dimuat turun oleh para pengguna sendiri.

Video yang berbentuk muzik ini  ialah melibatkan jenis-jenis muzik seperti irama tradissional,balada,pop rock ,nasyid dan sebagainya.Penggunaan video berbentuk muzik ini adalah sesuai dalam proses pembelajaran dan pengajaran kerana ianya sedikit sebanyak dapat membantu dalam meningkatkan kefahaman pelajar itu sendiri.Penggunaan video lagu ini berupaya membangkitkan “roh semangat” untuk belajar dalam kalangan pelajar sekolah amnya.Seterusnya,tayangan video-video yang berbentuk filem pula akan memberi semangat baru dalam dunia pengajaran dan pembelajaran (P&P) seorang guru. Contohnya,tayangan video seperti dunia pendidikan yang menekankan etika dan professionalism seorang guru tersebut.Ini sekaligus akan membangkitkan minat pelajar dalam mencapai cita-cita murni mereka ini.

Kemudiaannya ,bagi penggunaan video dalam bentuk video yang dimuat turun pula,kebanyakan video ini adalah pada berbentuk memberi pendidikan,pengajaran ,keinsafan dan hiburan kepada penggunanya.Video yang sesuai bagi golongan remaja untuk tujuan pendidikan atau pengajaran adalah cara pengiraan matematik,ceramah agama,pembelajaran sains dan sebagainya.Video berunsurkan pendidikan ini sangat menarik perhatian pelajar untuk terus mendalami pembelajaran tersebut.Oleh itu,penggunaan video ini adalah salah satu cabang dalam menarik minat pelajar untuk terus belajar dalam sesuatu perkara.Penggunaan video ini sekaligus menjadi sebagai salah satu alat bantu mengajar di dalam kelas,terutamanya dalam kalangan pelajar berkeperluan khas ini.

Laman sesawang “youtube” ini semakin banyak digunakan di sekolah sebagai salah satu sumber pedagogi dalam proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah.Kebanyakan guru berpendapat bahawa penggunaan video adalah satu pemudah cara di dalam kelas cara untuk para pelajar dan guru bagi  melakukan perbincangan.Tambahan pula,penggunaan  video yang berbentuk gmbar mampu merangsang minat pelajar untuk terus belajar sesuatu yang baru dan menarik.Malah ,ini adalah satu medium dalam menambahkan ilmu pengetahuan pelajar ini yang telah sedia ada.


4.0 PENGGUNAAN YOU TUBE DALAM KALANGAN GURU

         Di dalam pendidikan, para pendidik kerap menggunakan youtube dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mereka. Youtube juga merupakan satu alat pendidikan dan motivasi yang mempunyai pengaruh yang besar terutamanya terhadap sistem pendidikan. Menurut Duffy (2008), youtube merupakan pendidikan yang efektif bukanlah pengajaran yang berbentuk televisyen kepada pelajar tetapi pengajaran guru kepada pelajar dengan video sebagai alat penzahiran. Semakin banyak youtube digunakan dalam pendidikan dimana sebagai satu sumber pedagogi untuk segala perkara daripada video yang memaparkan maklumat atau berita dari segenap dunia sehingga kepada kisah kehidupan yang dipertontonkan untuk tujuan sesuatu pengajaran dan pembelajaran.

            Bagi seorang tenaga pengajar, penggunaan youtube dikatakan sangat berkesan kerana media tersebut menjadi bahan bantu mengajar dalam bilik darjah mahupun kelas. Penggunaan youtube adalah sebagai pemudah cara bagi guru untuk untuk melakukan sesuatu perbincangan atau analisis berkenaan dengan tajuk pengajaran yang disampaikan. Sebagai contoh, guru mengajar matapelajaran sivik dimana menekankan kepada nilai murni menghormati ibu bapa. Oleh itu, guru dapat mencari filem-filem pendek di internet melalui laman web youtube dan memuat turunny bagi membantu meningkatkan kefahaman pelajar terahadap isi pengajaran yang disampaikan. Melalui pengajaran dengan menggunakan tayangan video pendek ini, membolehkan pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih efektif dimana tayangan video ini dapat memberi kefahaman dan keseronokan pengalaman belajar kepada pelajar dengan adanya hiburan tayangan video walaupun video tersebut adalah sebuah cerita pendek. Penggunaan teknologi ini mengelakkanpelajar daripada rasa bosan di dalam kelas. Jelaslah, tayangan video yang telah dipertontonkan mencapai matlamat pengajaran yang dibuat dan meninggalkan kesan yang positif kepada pelajar yang terlibat.

           Selain itu, bagi mendapatkan proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan , guru boleh menggunakan youtube di dalam bilik darjah sebagai bahan bantu mengajar. Pelajar yang mengalami masalah pembelajaran mempunyai tahap keupayaan berbeza dengan pelajar tipikal. Bagi pelajar berkeperluan khas ini, mereka mempunyai kesukaran dalam mengenal bunyi-bunyi haiwan. Contohnya, penggunaan youtube dalam subjek sains. Iaitu semasa proses pengajran dan pembelajaran, guru boleh menunjukkan tayangan video interaktif yang menunjukkan contoh bunyi-bunyi haiwan. Video ini dicipta dengan menggunakan animasi kartun yang dapat membangkitkan minat dan menarik perhatian bagi pelajar bermasalah pembelajaran. Penggunaan video ini menunjukkan kebolehan kepakaran guru bagi mencapai matlamat pengajaran dan memberi ilmu pengajran yang sangat bermakna kepada pelajarnya. Selain itu, belajar sambil menyanyi dapt meningkatkan kemahiran mengingat dalam kalangan pelajar pendidikan khas. Contoh lain yang dapat diulaskan mengenai penggunaan youtube ialah kaedah menyanyi yang dibuktikan dengan penemuan formula mengira sambil menyanyi “KADSIM” oleh Ahsahri kasdi, guru di Sekolah Kebangsaan Sri Setia Jaya, Tanjung Sedili, Kota Tinggi Johor yang dinobatkan sebagai pemenang ke-3 guru inovatif Sekolah Rendah Sempena Hari guru peringkat Kebangsaan 2000. Kaedah ini adalah melibatkan animasi bergerak dalam video youtube yang melibatkan nyanyian, pengiraan, dengan pelbagai animasi bergerak dan berbagai bentuk animasi.

           Selain daripada mengetahui menggunakan yiutbe dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi melaksanakan keberkesanan youtube dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu mengetahui akan teknik-teknik penggunaanya dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, untuk mendapatkan keberkesanan penggunaan youtube yang digunakan oleh guru dan dapat mencapai matlamat pengejaran. Berikut adalah beberapa panduan untuk guru yang berkaitan dengan penggunaan video yang khusus untuk menggalakkan tontonan secara aktif dan memaksimunkan pembelajaran:

1. Segmen
Membenarkan pelajar menonton video dalam beberapa segmen pendek
2. Nota
Video yang sesuai untuk membina kemahiran dalam mencatat nota. Ambil nota semasa tontonan pertama. Kemudian putar semula dan ulang tayang untuk membuat semakan nota. Hal ini boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan sebagai satu perbincangan kelas atau sesi sumbangsaran.
3. Jeda
Menggunakan butang jeda (pause) untuk menghentikan video seketika agar pelajar boleh meramal perkara yang akan berlaku atau mengingat semula perkara yang telah berlaku
4. Tanpa suara
Bagi babak video yang menekankan visual, padamkan suara dan ceritakan. Teknik ini sangat sesuai untuk penyenaraian langkah-langkah sesuatu proses.
5. Tanpa gambar
Menggunakan petunjuk audio untuk menerangkan gambar yang ditayangkan. Bandingkan ramalan dengan video yang sebenar
6. Pratonton
Pratonton setiap video dengan teliti untuk menentukan kesesuaiannya dengan objektif dan hasil pembelajaran pelajar.
7.  Gabungkan
Gabung video dengan keseluruhan pengalaman pembelajaran secara menambahkan komponen eksperimen pelajaran. Aktiviti boleh dilakukan sebelum menonton, iaitu dengan mengatur pentas, membuat semakan, menyediakan maklumat latar belakang, memperkenalkan topik. Aktiviti boleh dilakukan selepas menonton untuk memperkukuh, mengaplikasi atau memperluas maklumat yang disampaikan oleh program. Selalunya, video boleh digunakan sebagai satu pengenalan atau pendorong kepada aktiviti amalan yang bakal dilakukan.
8. Fokus
Iaitu memberikan tiga khusus kepada pelajar ketika menonton. Perkenalkan video dengan memperbanyakkan soalan, perkara untuk diperhatikan, perbendaharaan kata yang didengar atau aktiviti yang boleh menjadi kandungan program lebih bermakna dan jelas. Dengan memberikan tanggungjawab tertentu kepada pelajar semasa menonton, guru boleh mengekalkan objektif pembelajaran. Pastikan aktiviti susulan dilakukan semasa dan selepas menonton
9.  Selepas
Selepas pelajar menonton video, pertimbangkan apakah yang menarik minat mereka?. Perkara apakah yang tidak difahami oleh mereka? Bagaimanakah guru boleh mengaitkan program tersebut dengan pengalaman dan perasaan mereka? Minta pelajar menulis komen atau blog tentang video tersebut.


5.0 PENGGUNAAN YOUTUBE DALAM KALANGAN PELAJAR

           Tahap keberkesanan penggunaan teknologi maklumat terutamanya youtube dalam pengajaran dan pembelajaran adalah berkesan berdasarkan kepada keupayaannya dalam meningkatkan kefahaman, pencapaian, kreativiti pelajar dan minat pelajar terhadap bidang teknologi maklumat kecuali bidang audio dan animasi yang mudah melencong tumpuan pelajar. Pelajar lebih meminati pembelajaran yang mengandungi unsur animasi kerana ini dapat mengurangkan tahap tekanan yang dialami oleh mereka semasa pembelajaran.

            Kaedah pertama adalah kaedah tutorial. Menurut kaedah ini, youtube telah digunakan untuk menyampaikan kandungan pembelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Secara umum perisian berasaskan pembelajaran tutorial ini mengandungi mempersembahkan maklumat, membimbing, memberi latihan dan menilai pencapaian.

            Kaedah kedua adalah kaedah penerokaan. Kaedah ini berlaku apabila ICT iaitu youtube digunakan sebagai medium untuk memasuki atau mencari maklumat daripada internet, mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi atau melihat demonstrasi sesuatu kejadian yang babaknya boleh dikawal. Dalam kaedah ini pelajar boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima. Kaedah penerokaan ini sesuai digunakan dalam situasi seperti pembelajaran berbentuk inkuiri penemuan, penyelesaian maslah kehidupan sebenar, aktiviti berkaitan kajian masa depan dan aktiviti pembelajaran berbentuk simulasi.

            Kaedah ketiga ialah kaedah ICT sebagai alat aplikasi. Dalam kaedah ini, ICT digunakan bagi membantu murid melaksanakan tugasan tugasan pembelajaran seperti menghasikan karangan, membina jadual atau graf, melakar gambar dan sebagainya melalui pemerhatian mereka dalam video yang terdapat dalam youtube tersebut.

            Kaedah keempat pula adalah sebagai alat pemudah berkomunikasi. Dalam kaedah ini ICT digunakan untuk membolehkan guru dan pelajar berkomunikasi daripada lokasi yang berbeza untuk menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk seperti teks, grafik, audio dan kombinasi pelbagai mod. Melalui kaedah ini boleh digunakan bagi melaksanakan pembelajaran seperti pembelajaran kolaboratif, meningkatkan penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran dan juga melibatkan pakar di dalam ataupun luar negara dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kaedah-kaedah dia atas menerangkan kelebihan penggunaan ICT terutamanya kelebihan penggunaan youtube dalam kalangan guru dan juga pelajar dalam meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Youtube juga adalah satu cara yang lebih murah dan cepat. Pelajar yang tidak berkemampuan juga boleh mengakses youtube walaupun hanya seketika dan tidak terhad kepada golongan yang berada semata-mata. Melalui perancangan yang rapi oleh guru-guru, mereka boleh mengaplikasikan penggunaan youtube dalam kaedah mengajar dan sumber bahan mereka. Mereka meminta pelajar-pelajar melaksanakan dengan mencari bahan rujukan atau projek mereka melalui youtube. Di samping dapat menggalakkan pelajar sentiasa mengikuti arus pemodenan teknologi terkini, ini juga dapat menggalakkan pelajar daripada membuang masa hanya dengan permainan semata-mata ketika berada di siber kafe. Guru boleh melakukan refleksi setelah pelajar menunjukkan hasil kerja mereka dan juga melakukan penilaina mengikut objektif yang telah ditetapkan. Sekiranya perlu, guru boleh melakukan penambahbaikan dalam usaha berterusan menjadikan dan melahirkan pelajar minda kelas pertama.



6.0 KESIMPULAN

            Perkembangan pesat dalam teknologi multimedia dan teknologi internet membawa fenomena baru dalam dunia pendidikan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi. Gabungan kedu-dua teknologi ini semakin merancakkan lagi penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan. Penggunaan teknologi ini telah berkembang pesat dalam sistem pendidikan negara yang digunakan di peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat pengajian tinggi. Proses pembelajaran menerusi internet atau web menjadi satu pendekatan yang baru dan semakin mendapat perhatian. Kecanggihan multimedia seperti youtube yang mempunyai fungsi-fungsi yang pelbagai yang amat penting membolehkan bidang pendidikan semakin maju selaras dengan kemajuan bidang IT pada masa kini.

     Dengan penggunaan youtube dalam proses pengajaran, guru-guru bukan sahaja dapat mewujudkan suasana pengajaran yang proaktif malahan dapat mengasah bakat-bakat pelajar serta guru dalam menggunakan IT. Penggunaan youtube ini juga menjadi satu kaedah dalam kalangan pelajar untuk lebih mendalami tentang tajuk yang diajar oleh guru. Input yang diterima melalui pemerhatian dalam youtube seterusnya pemprosesan maklumat tersebut oleh pelajar akan menghasilkan output dan juga tindakbalas yang berkesan dalam melahirkan modal insan kelas pertama. Oleh itu, melalui cara pengajaran dan pembelajaran yang maju sepeti ini dapat membuka mata pelajar menjadi lebih optimistik dan bersifat lebih terbuaka untuk meneroka dan menimba ilmu. Begitu juga kesan yang diterima oleh para pendidik sewaktu cara menyampaikan ilmu menjadi semakin mudah.







7.0 RUJUKAN

Kamarudin Husin, & Siti Hajar abdul Aziz (2004). Pedagogi Asas Pendidikan (edisi kedua) Kuala Lumpur: kayazano Enterprise

Neufail (2009). Peranan ict dala dunia pendidikan. diperolehi pada Disember 13, 2014 daripada www.docstoc.com

Hafizzah bedin, Mohd Sarip & Suhaida Saptu. (2011). Seminar Bahasa melayu

Noor Adreen bnti Md. Hamdani (2007). Pembangunan Perisian pembelajaran Berasaskan Web menggunakan kaedah Simulasi bagi matapelajaran CNB2013 Telecommunocations bagi sub topik Teknologi Rangkaian Tanpa Wayar Untuk Rangkaian Kawasan Setempat. Diperolehi pada Disember 15, 2014 daripada http://eprints.utm.my/6002/1/97-Noradreen .pdf

Aini Liyana Binti Mohd Zailan, Definisi Teknologi diperolehi pada Disember 13, 2014 daripada https://ainiliyanamohdzailan.wordpress.com/about/definisi/











No comments:

Post a Comment