KOLEKSI FOTO

ALAT BANTUAN PENDENGARAN


Sepasang alat bantu pendengaran yang sesuai akan meningkatkan pendengaran anda. Memilih alat pendengaran adalah satu seni yang menggabungkan tahap kehilangan pendengaran anda, gaya hidup, keperluan dan juga kos. Pakar kami sentiasa bersedia untuk membantu anda membuat pilihan yang terbaik. Anda sentiasa dialu-alukan untuk menetapkan temujanji bersama kami.
Alat bantu pendengaran biasanya mempunyai beberapa stail berdasarkan penampilan. Ciri istimewa setiap stail diringkaskan seperti berikut:


Dipasang pada telinga (Open-Ear-Fitting/OEF)
Alat bantu pendengaran yang kecil disambungkan dengan wayar nipis dan penerima (receiver)yang mengarahkan bunyi ke dalam telinga.
  • Selesa dan kecil
  • Bunyi yang lebih semulajadi dan kurang tersumba
  •  Penampilan yang bergaya dan berwarna
  • Sesuai untuk masalah pendengaran tahap ringan dan sederhana




Di belakang telinga (Behind-The-Ear/ BTE)
Alat pendengaran ini berbentuk melengkung dan diletakkan di belakang setiap telinga. Bunyi disampaikan melalui tiub ke dalam saluran telinga.
  • Amplifikasi yang tinggi untuk membantu masalah
  •  pendengaran tahap ringan hingga tahap yang sangat teruk
  •  Saiz lebih besar dan mudah digunakan terutamanya
  • bagi mereka yang menghadapi kesukaran mengendalikan objek kecil  
  •  Jangka hayat bateri lebih la



Dalam telinga/Dalam saluran telinga (In-The-Ear (ITE) / In-The-Canal (ITC)
Dibuat dengan acuan telinga khas dan dipasang dengan selesa di bahagian luar telinga atau saluran telinga
  • Menghalakan bunyi secara terus ke dalam telinga untuk
  • Memastikan prestasi yang optimum
  • Selamat dan selesa di bahagian luar telinga
  • Mudah dikendalikan


Dalam saluran telinga sepenuhnya (Completely-In-Canal (CIC)
Alat bantuan pendengaran kecil yang diletakkan dalam saluran telinga yang membolehkan bunyi terus masuk ke dalam telinga:
  • Tersembunyi, sesuai untuk pelanggan yang mementingkan penampilan
  • Simulasi cara bunyi masuk ke dalam telinga memberikan
  • kualiti bunyi yang lebih semulajadi sound quality
  • Sesuai untuk masalah pendengaran tahap ringan, sederhana dan teruk


Bagaimana alat bantu pendengaran berfungsi?
Pada masa dahulu, alat bantu pendengaran berfungsi dengan menguatkan bunyi, termasuk bunyi bising yang tidak diperlukan. Ini mengganggu pengguna dan menghalang mereka dari mengekalkan kehidupan yang lebih berkualiti melalui pendengaran yang lebih baik. Kemunculan teknologi digital ialah fasa baru dalam kemajuan alat bantu pendengaran. Mikrofon pada alat tersebut menerima bunyi yang kemudiannya ditukarkan menjadi aliran eletrik. Aliran elektik ini akan dianalisa dengan serta merta. Hanya segmen frekuensi terpilih, mengikut tahap masalah pendengaran pengguna, akan ditukarkan kepada gelombang bunyi yang kuat. Teknologi ini meningkatkan kualiti bunyi dan pada masa yang sama menghapuskan gangguan bunyi. Selain itu, teknologi digital membolehkan alat bantu pendengaran bersaiz lebih kecil dan mempunyai pelbagai fungsi, menjadikannya lebih mesra-pengguna.

ALAT BANTU PENGLIHATAN





Abjad Braille
Braille terdiri daripada sel yang mempunyai 6 titik timbul yang dinomborkan seperti gambar diatas. Huruf Braille Bahasa Melayu adalah hampir sama dengan kod huruf Braille Inggeris. Perkataan, simbol (seperti tanda seru dan tanda soal), beberapa perkataan dan suku kata boleh didapati secara terus. Contohnya perkataan orang dipendekkan kepada org. Ini membolehkan buku buku Braille yang lebih nipis dicetak.
Simbol Braille juga telah diperkaya sehingga boleh digunakan untuk membaca nota muzik dan matematik. Kini Braille telah diubahsuai dengan menambah dua lagi titik menjadikan Braille menjadi kod 8 titik. Ini memudahkan pembaca Braille mengetahui huruf tersebut adalah huruf besar atau kecil. Selain itu, penukaran ini membolehkan huruf huruf ASCII dipertunjukkan dan kombinasi 8 titik ini diekodkan dalam standard Unicode.
Braille boleh dihasilkan menggunakan batuan loh ( slate) dan stilus ( stylus ) di mana titik dihasilkan daripada belakang muka kertas, menulis dengan imej cermin, menggunakan tangan, atau menggunakan mesin taip Braille yang dikenali sebagai Perkins Brailler. Braille juga boleh dihasilkan menggunakan mesin cetak Braille yang disambung kepada komputer.



Tongkat Putih/White Cane
Tongkat putih digunakan oleh orang yang mengalami masalah penglihatan atau buta. Tongkat ini digunakan sebagai alat mobiliti bagi memudahkan pergerakan mereka. terdapat tiga jenis tongkat yang digunakan oleh individu yang mengalami masalah penglihatan ini:
Tongkat Panjang
  • Tongkat panjang memberikan pelindungan yang paling selamat kepada individu yang mengalami masalah penglihatan atau buta. Tongkat ini akan memberikan maklumat kepada pengguna tentang sesuatu keadaan yang berlaku. Tongkat itu akan mengesan sebarang halangan seperti tangga, benda, baris rumput, dinding , bukaan, batu dan sebagainya.

“identification cane”
  •  Tongkat ini digunakan oleh individu yang mengalami masalah penglihatan yang rendah atau sederhana dimana memberi perlindungan yang minimum kepada pengguna bergantung kepada bidang visual pengguna tersebut. Fungsi utama tongkat ini adalah untuk memberi maklumat atau memberitahu orang ramai bahawa individu yang menggunakan tongkat ini adalah mengalami masalah penglihatan.

“Support cane”
  •  Tongkat ini mempunyai fungsi yang sama dengan kegunaan “identification cane”. Tongkat ini berperanan untuk memberi makluman kepada orang ramai bahawa individu tersebut mempunyai masalah penglihatan dan memberi beberapa maklumat tentang persekitaran. Selain itu, tongkat ini membantu memberi keseimbangan dan menguatkan kaki pengguna yang mengadapi masalah penglihatan.



Mesin Tik-Braille
Cara Memasang Kertas
                               i.            Buka penjepit kertas yang ada di kiri dan kanan bagian atas mesin tik itu dengan menariknya ke belakang (kea rah tubuh anda).
                            ii.             Mesukkan kertas dari arah depan mesin tik dengan menyelipkannya ke bawah kepala mesin tik.
                          iii.            Tutup kembali penjepit kertas.
                         iv.            Putar tombol penggulung kertas (yang ada di samping kiri dan kanan) kea arah belakang hingga mentok.
                            v.             Tekan tombol spasi baris (yang ada di sebelah kiri tombol pengetik) untuk memposisikan kertas pada keadaan siap tik.

ALAT BANTU PENGAJARAN PENDIDIKAN KHAS
(Kemahiran Motor Halus)


Kemahiran motor halus memerlukan pergerakan otot-otot kecil, biasanya koordinasi dengan mata, tetapi juga termasuk pergerakan lidah dan bibir, menggerakkan jari-jari kaki dan koordinasi kaki-mata. Kemahiran motor halus biasanya juga digunakan untuk tujuan berkomunikasi, kedua-dua fungsi dan ekspresif, misalnya menulis atau menaip teks, manipulasi peralatan atau membuat kerja-kerja seni. Kemahiran motor halus termasuk:
·         Kawalan motor okular– kebolehan mata untuk mengikut dan memberi tumpuan ke atas objek di dalam ruang penglihatan.
·         koordinasi tangan-mata – kebolehan untuk melaksanakan aktiviti dengan tangans, berpandukan mata memerlukan ketepatan dalam penempatan, arah, dan kesedaran ruang .
·         Koordinasi kaki-mata – kebolehan untuk melaksanakan tindakan dengan kaki, berpandukan pandangan mata.
·         Kecekapan tangan – kebolehan dengan tepat memanipulasi tangan dan jari-jari untuk menulis dengan kemas, melukis, kemahiran menaip dan sebagainya.
·         Stereognosis – kebolehan untuk mengenal pasti objek yang tidak dapat dilihat menggunakan deria sentuh.
·         Persepsi Tactile – interpretasi informasi dipindahkan melalui jari sehingga ke otak.
Untuk kanak-kanak mengembangkan kemahiran motor halus yang baik, ia juga memerlukan kemahiran sokongan yang diperlukan untuk menjadi lebih baik perkembangkannya. Sebagai contoh kanak-kanak perlu mempunyai kekuatan dan kecekapan tangans dan jari-jari sebelum mula memegang a pensel secara betul dan mula membuat aktiviti menulis. Ini boleh membantu mengelakkan cara menggenggam pensel yang salah.


Manfaat mainan:
Permainan ini dapat mengenalkan warna pada anak-anak. Selain itu dapat melatih kemampuan klasifikasi dengan meletakkan lingkaran-lingkaran dari mulai yang paling besar sampai yang paling kecil.


Menjalin ikatan tali
Mainan ini dapat merangsang motorik halus anak. Saat menjahit, anak akan melihat, berpikir dan memahami bagaimana sebuah tali dapat masuk dan keluar memasuki lubang yang kecil. Selain itu dapat melatih tangan anak menjadi lentur. Tangan anak yang lentur sangat berguna saat anak mulai belajar menulis kelak.
Cara Bermain:
1.      Contohkan terlebih dahulu bagaimana cara memasukkan tali ke lubang dengan cara yang benar. Kemudian minta anak untuk melakukannya seperti yang anda contohkan. Bantulah ia jika mengalami kesulitan.
2.       Setelah selesai, ajarilah bagaimana cara mengikat benang tersebut. Boleh mengunakan simpul apapun. Hal ini kerana fokus permainan ini adalah membuat tangan menjadi lentur dan mampu memanipulasikan tangan mereka.
3.      Setelah mereka sudah fasih kerapkan ajar mereka dengan menggunakan stopwatch bagi mendapatkan hasil yang lebih cepat.



Ronce ulat
Cara Bermain:
1.      Tunjukkan pada anak bagaimana cara meronce iaitu memasukkan bentuk-bentuk tersebut ke dalam sebuah tali.
2.      Minta anak untuk mencubanya dengan memasukkan bentuk-bentuk tersebut satu per satu sampai terbentuk badan ulat yang kukuh dengan buntut di belakang dan kepala di depan.
3.      Ajak anak untuk bersabar ketika menghadapi  kesulitan sewaktu meronce.



Jam

Cara Bermain:
1.      Jika anak belum mengenal angka-angka, perkenalkanlah nama-nama angka tersebut terlebih dahulu.
2.      Jika sudah mengenal angka dengan baik, mulailah perkenalkan kepada anak bagaimana cara membaca jam.
3.      Bersabarlah, kebanyakan anak tidak terus memahami bagaimana cara membaca jam. Ulangi dan ulangi lagi. Kemudian ujilah untuk mengetahui adakah kanak-kanak tersebut sudah mampu membaca jam atau belum.



Counting Ball
Manfaat mainan:
Mainan ini mengenalkan kepada anak konsep dasar mengira. Mainan ini juga dapat mengajarkan konsep klasifikasi dan pengenalan warna
Cara Bermain:
1.      Susunlah ring-ring tersebut mengikut jumlahnya, seperti pada gambar.
2.       Kemudian buat lagi dan minta anak untuk menyusun kembali ring-ring tersebut sambil mengiraa
3.      Ajarkan pula kepada anak nama-nama warna ring tersebut.



Blok Dasar
Mainan ini dapat mengembangkan keterampilan berfikir dalam menyelesaikan masalah dan pengenalan warna. Permainan ini juga dapat merangsang kemampuan kreatif, imaginatif dan eksploratif anak yang akan menjadikan kanak-kanak berfikir secara logik dan matematik.
Cara Bermain:
1.      Sebagai langkah permulaan biarkan anak mengeksplorasi sendiri mainan tersebut.
2.      Setelah itu, mulailah beri contoh bagaimana menyusun blok-blok tersebut.
3.      Setelah beberapa kali memberi contoh, biarkan anak beraksi dan berimaginasi membuat bangunan menurut citarasa dannya kemahuan sendiri. Berilah pujian dan peneguhan kepada kanak-kanak walau apapun dan bagaimanapun hasilnya.
4.      Mintalah anak untuk menyusun kubus-kubus tersebut setinggi mungkin. Semakin tinggi kubus-kubus dapat ditumpuk semakin baik kemampuan anak.

Basic Shape
Mainan ini bukan hanya melatih anak mengenal bentuk-bentuk dasar geometri dan pengenalan warna. Yang paling utama, mainan ini membantu kanak-kanak mengembangkan keterampilan berfikir klasifikasi. Kanak-kanak akan mengelompokkan kepingan-kepingan yang sama ke dalam satu tempat. Mainan ini juga melatih kreativiti dan kemahiran motr halus.
Cara Bermain:
1.      Ajak kanak-kanak mengelompokkan kepingan ke satu tempat, kemudian bentuk segitiga, dan seterusnya.
2.      Tanyakan pada kanak-kanak tersebut tentang jenis bentuk keping yang sedang anda pegang (sambil tangan anda memegang kepingan yang ditanyakan) bergilir-gilir dengan kepingan yang lain.
3.      Hal ini kerana, permainan ini bukan hanya mempunyai aneka warna malahan mempunyai pelbagai bentuk dimana kanak-kanak dapat mengenalinya secara konkrit.











No comments:

Post a Comment