KOLEKSI NOTA


DEFINISI DAN KONSEP KEGURUAN


Profesion Keguruan Dalam Pembinaan Negara Bangsa      
1.1         Definisi dan Konsep keguruan

Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion perguruan merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan Misi Nasional seperti yang digariskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9.

Mengikut Kamus Dewan, ‘profesion’ ialah pekerjaan terutamanya yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang undang-undang, senibina, perubatan, perakaunan dan lain-lain. ‘keguruan’ pula membawa maksud tugas dan tanggungjawab ( kerjaya) sebagai guru.

 . Dari kedua-dua pengertian tersebut, ia memberi makna bahawa profesion perguruan sama ada tinggi atau rendah, jaya atau gagal dilihat dan dinilai oleh masyarakat dari sudut peribadi gurunya dalam pembinaan negara bangsa itu sendiri.


PENGENALAN PENDIDIKAN KHAS
PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan Khas ialah program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid khas, termasuk penggunaan bahan khas, peralatan khas, teknik p & p mengikut tahap kebolehan & keupayaan pelajar:-
  • Perkembangan mental
  • Kestabilan emosi
  • Integrasi sosial
KANAK-KANAK KHAS

Merupakan kanak-kanak yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar professional klinikal sebagai mengalami masalah yang mengganggu proses pembelajaran.
“……… Kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa (1) dalam ciri-ciri mental (2) keupayaan-keupayaan deria (3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal (4) dalam tingkahlaku sosial atau emosi (5) dalam keupayaan komunikasi atau (6) dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas , supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum ”.
KirkS.A. et.al. “Educating Exceptional Children”, 1993
Apa itu kanak-kanak Khas ?
………… “Kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial dan emosi tidak mencapai pertumbuhan-pertumbuhan biasa hingga mereka tidak dapat faedah sepenuhnya dari rancangan sekolah biasa “.
Chua Tee Tee, 1981
Apa itu Pendidikan Khas ?
……… Pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas yang menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa “.

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
Program pendidikan khas di Malaysia dilaksanakan melalui:-
  • Sekolah Khas
  • Progam pendidikan Khas Integrasi (pengasingan/inklusif)
  • Pemulihan Khas
  • Program Disleksia
  • Pendidikan Vokasional sekolah khas/integrasi(teknik/Vokasional)
KATEGORI PENDIDIKAN KHAS
Kanak-kanak yang berada dalam program Pendidikan khas adalah mereka yang menghadapi masalah untuk belajar di dalam aliran biasa. Terdapat tiga aliran :
  • Masalah Pembelajaran
  • Masalah Pendengaran
  • Masalah Penglihatan
Falsafah Pendidikan Khas

Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

_________________________________________________________________________________



GGGE 2113
KURIKULUM DAN PEDAGOGI (PENGAJARAN MIKRO)

NAMA:
ILARUHI BINTI HAMID

TAJUK:
(KEMAHARAN B: MENGGUNAKAN PAPAN HITAM DAN PENGESANAN)
MENGENAL EMOSI ASAS

NAMA PENSYARAH:
CIK MAZALAH BINTI AHMAD

PEJABAT DEKAN FPEND
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PELAJAR TINGKATAN SATU KEMBOJA

Tingkatan          :        Satu Kemboja
Hari                   :        Isnin
Tarikh               :        03.11.2014
Masa                 :        9.40- 10.10 a.m.
Matapelajaran   :        Pengurusan Tingkah Laku


PERKARA
CATATAN
Tajuk
Mengenal Emosi asas

Konsep
Mengenalpasti empat jenis emosi asas

Kata Kunci
Emosi asas

Objektif am
Di akhir pengajaran, pelajar akan dapat:
1)      Mengetahui jenis emosi dan ekspresi
2)      Mengenal jenis emosi dan ekspresi

Objektif pengajaran
Di akhir pengajaran, pelajar akan dapat :
1)      Menyebut 4 jenis emosi asas iaitu gembira, sedih, marah dan takut.
2)      Membezakan jenis emosi
3)      Melakonkan emosi seperti yang diarahkan.
4)      Menyatakan emosi dalam dirinya.
5)      Mengenal emosi berdasarkan gambar yang diberi.

Nilai murni
1)      Ketekunan mendengar arahan guru ketika proses pembelajaran
2)      Bekerjasama dengan rakan-rakan dalam aktiviti di dalam bilik darjah
3)      Bersabar dan berhemah menunggu giliran dalam aktiviti
4)      Yakin dalam menjawab soalan yang disoal
5)      Kreatif dalam aktiviti melukis
6)      Berani tampil ke hadapan menjawab soalan yang diberikan.

Kemahiran berfikir
1)      Pelajar dapat menghubungkaitkan matapelajaran dengan kehidupan seharian berdasarkan peristiwa yang berlaku
2)      Kritis:
                                                        i.            Pelajar dapat membanding beza antara jenis emosi iaitu gembira, sedih, marah dan takut.
                                                      ii.            Pelajar dapat menkategorikan empat jenis emosi mengikut ekspresi

Kaedah pengajaran
Menggunakan papan putih, demonstrasi dan lakonan, bertanyakan soalan dan memberi penerangan.

Bahan bantu mengajar
Tayangan video, papan putih, 4 jenis ikon emosi, kad perkataan, kotak misteri, kertas A4 dan kertas soalan

Isi pengajaran
      1)            Penerangan mengenai tajuk pembelajaran iaitu mengenal 4 jenis emosi
i.                    Gembira
ii.                  Sedih
iii.                Marah
iv.                Takut
      2)            Aktiviti kotak misteri dan melakonkan ekpresi berdasarkan emosi
      3)             Lembaran kerja

Rujukan
Internet:
        i.            bajukokoterbaru.wordpress.com
      ii.            Snuk11- Pengurusan Tingkah Laku KSSR Pendidikan Khas Tahun 1

Buku:
        i.            Huraian Sukatan Pelajaran Pengurusan Kehidupan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah (2010) Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.


















Langkah pengajaran


Strategi pengajaran dan pembelajaran

Catatan
Isi/kaedah/teknik pengajaran
Aktiviti pembelajaran pelajar

Set induksi
( 05 minit )


1)      Guru bertanya tentang kesihatan dan kehadiran pelajar

2)      Guru menunjukkan tayangan video bersuara “kalau rasa gembira” dan mengajak pelajar menyanyi bersama

3)      Guru memberitahu tajuk pembelajaran yang akan dilakukan pada hari iaitu mengenal emosi



1)      Pelajar memberi maklum balas berkenaan soalan yang diajukan

2)      Pelajar melihat dan  menyanyi bersama-sama guru


3)      Pelajar mendengar penjelasan yang disampaikan oleh guru




Perkembangan
( 20 minit )

Langkah 1




















Langkah 2









Langkah 3






















Langkah 4




1)      Guru membuat pembahagian papan putih dan memperkenalkann emosi asas iaitu gembira, sedih, marah, dan takut.


2)      Guru melukis ikon emosi di papan putih dan menulis label setiap emosi tersebut sambil menunjukkan reaksi atau mimik muka berdasarkan emosi tersebut.



3)      Guru menyuruh pelajar memadankan ikon dengan mimik muka yang ditunjukkan oleh guru pada papan putih.


4)      Guru memberitahu pelajar tentang aktiviti yang seterusnya iaitu permainan “kotak misteri”.

5)      Guru memberi arahan kepada pelajar untuk mengambil satu kad perkataan di dalam kotak misteri dan dikhendaki melakonkan emosi berdasarkan kad perkataan yang dipilih.




6)      Guru menjelaskan tentang aktiviti yang melibatkan lembaran kerja

7)      Guru mengedarkan kertas A4 kepada setiap pelajar.


8)      Guru menyuruh pelajar melukis perasaan atau emosi mereka pada hari ini.



9)      Guru meminta tugasan yang telah disiapkan oleh pelajar dan menampal kertas tersebut pada papan putih





1)      Pelajar melihat dan mendengar penjelasan guru






2)      Pelajar melihat dan memberi perhatian









3)      Pelajar mendengar apa yang diberitahu oleh guru dengan tekun dan tampil ke hadapan.




4)      Pelajar terus mendengar dengan lebih tekun dan teruja.



5)      Setiap pelajar mengambil satu kad perkataan dalam kotak misteri. Seterusnya, pelajar melakonkan kembali emosi berdasarkan kad perkataan yang dipilih.




6)      Pelajar mendengar penjelasan dan memberi perhatian
7)      Pelajar mengambil kertas yang diedarkan oleh guru.

8)      Pelajar mendengar dan melukis perasaan atau emosi mereka pada kertas yang telah diedarkan.

9)      Pelajar memberi tugasan yang telah disiapkan dan memberi perhatian.





Penutup
(05 minit)

1)      Guru menunjukkan video berkaitan contoh-contoh emosi yang lain.

2)      Guru bertanya kepada pelajar tentang kefahaman mengenai  pembelajaran hari ini iaitu “mengenal emosi”

3)      Guru mengulas kembali tentang tajuk pelajaran dan mengarahkan pelajar melakonkan empat emosi asas bersama-sama guru bagi memastikan pelajar memahami isi pengajaran yang disampaikan.

1)      Pelajar melihat video tersebut dengan penuh perhatian.

2)      Pelajar menjawab soalan yang ditanya oleh guru.





3)      Pelajar melakonkan emosi bersama-sama.


Tugas lanjutan

Pelajar diminta untuk membuat lembaran kerja iaitu menyuaikan perkataan dengan gambar yang diberi


Pelajar melakukan tugasan dengan menyuaikan perkataan berdasarkan gambar yang diberi.


Penilaian kendiri:




Catatan penyelia:
_________________________________________________________________________________


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KEDUA



GGGE 2113
KURIKULUM DAN PEDAGOGI (PENGAJARAN MAKRO)

NAMA:
ILARUHI BINTI HAMID

TAJUK:
MATEMATIK (OPERASI TOLAK)

NAMA PENSYARAH:
CIK MAZALAH BINTI AHMAD

PEJABAT DEKAN FPEND
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PELAJAR TINGKATAN SATU KEMBOJA

Tingkatan          :        Satu Kemboja
Hari                   :        Isnin
Tarikh                :        17.11.2014
Masa                  :        9.00- 9.30 a.m.
Matapelajaran   :       Matematik


Perkara
Catatan
Tajuk
Operasi tolak

Konsep
Penyelesaian operasi tolak melibatkan  nombor 1 digit dengan 1 digit dalam lingkungan 0 hingga 10.

Kata kunci
Operasi tolak

Objektif am
Di akhir pengajaran, pelajar akan dapat:
1)      Mengetahui penyelesaian melalui operasi tolak dengan menggunakan bahan bantu mengajar


Objektif pengajaran
Di akhir pengajaran, pelajar akan dapat :
1)      Pendedahan awal pengajaran dan pembelajaran   Mata Pelajaran Matematik melalui alat bantu mengajar, kaedah  bahan bergambar dan pengajaran interaktif multimedia.
2)      Menyelesaikan operasi tolak asas melalui     kaedah bergambar (fakta asas) melibatkan  nombor 1 digit dengan 1 digit dalam lingkungan 0 hingga 10.
3)      Tampil ke hadapan menyelesaikan operasi tolak
4)      Menggunakan multimedia interaktif dalam menyelesaikan operasi tolak


Nilai murni
1)      Ketekunan mendengar arahan guru ketika proses pembelajaran
2)      Bekerjasama dengan rakan-rakan dalam aktiviti di dalam bilik darjah
3)      Bersabar dan berhemah menunggu giliran dalam aktiviti
4)      Yakin dalam menjawab soalan yang disoal
5)      Bertindak balas semasa sesi bersoal jawab
6)      Berani tampil kehadapan menjawab soalan yang diberikan

Kemahiran berfikir
1)      Pelajar dapat menghubungkaitkan matapelajaran dengan kehidupan seharian berdasarkan poses jual beli.

2)      Kritis:
                                i.            Pelajar dapat membanding beza operasi tambah dan tolak
                              ii.            Pelajar dapat membezakan nilai-nilai nombor 0 hingga 10

Kaedah pengajaran
Menggunakan papan putih, demonstrasi dan lakonan, bertanyakan soalan dan memberi penerangan.

Bahan bantu mengajar
Tayangan video, Papan putih, snek appolo, batang-batang aiskrim berwarna, bola, batu, slide, kiub dan kertas soalan.

Isi pengajaran
1)      Penerangan mengenai tajuk pembelajaran iaitu operasi tolak 1 digit dengan 1 digit dalam linkungan 0 hingga 9
2)      Aktiviti penyelesaian operasi tolak menggunakan batang aiskrim dan bola kecil
3)      Penyelesaian operasi tolak melalui kaedah bergambar
4)      Aktiviti “surprise song”
5)      Lembaran kerja


Rujukan
Internet:


Pengetahuan sedia ada
1)      Pelajar telah melakukan operasi penambahan nombor 2 digit dengan 2 digit dengan mengumpul semula.
2)      Pelajar telah menggunakan bahan multimedia interaktif sebagai bahan bantu mengajar (BBM) di dalam pengajaran dan pembelajaran yang lepas.












Langkah Pengajaran
Strategi pengajaran dan pembelajaran

Catatan
Isi/kaedah/teknik pengajaran
Aktiviti pembelajaran pelajar

Set induksi
( 05 minit )
1)      Guru bertanya tentang kesihatan dan kehadiran pelajar

2)      Guru menunjukkan tayangan video bersuara

3)      Guru berinteraksi mengenai operasi tolak melalui penyampaian cerita bertajuk ‘Siti - Gadis Penjual kek’ dengan melakukan aktiviti simulasi: jual beli.

4)      Guru menjelaskan topik pengajaran dan pembelajaran pada hari ini adalah operasi tolak nombor 1 digit dengan 1 digit 
1)      Pelajar memberi maklum balas berkenaan soalan yang diajukan

2)      Pelajar melihat video dengan penuh perhatian

3)      Pelajarbersoal jawab melalui penyampaian cerita tersebut.






4)      Pelajar mendengar penjelasan yang disampaikan oleh guru

Perkembangan
( 20 minit )

Langkah 1






















Langkah 2



















Langkah 3



















Langkah 4



1)      Guru membuat pembahagian papan putih


2)      Guru menunjukkan kaedah operasi tolak nombor 1digit dengan 1 digit dalam linkungan 0 hingga 10 menggunakan BBM


3)      Guru meminta pelajar tampil ke hadapan untuk menggunakan BBM bagi operasi tolak


1)      Guru menunjukkan contoh operasi tolak melalui kaedah bergambar dengan menggunakan interaktif multimedia

2)      Guru meminta pelajar tampil ke hadapan untuk menyelesaikan opearsi tolak (kaedah bergambar) menggunakan multimedia.


1)      Guru memberitahu pelajar tentang aktiviti yang seterusnya iaitu permainan “surprise song” dengan menggunakan kiub

2)      Guru memberi arahan kepada pelajar sesiapa yang memegang kiub apabila lagu berhenti dikehendaki menjawab soalan yang diberikan.


1)      Guru menjelaskan tentang aktiviti yang melibatkan lembaran kerja

2)      Guru memberi arahan supaya menjawab soalan yang diberikan pada lembaran kerja tersebut


3)      Guru meminta tugasan yang telah disiapkan oleh pelajar dan menampal kertas tersebut pada papan putih




1)      Pelajar melihat dan menunggu pengajaran daripada guru

2)      Pelajar mellihat pengajaran guru dengan tekun







3)      Pelajar tampil ke hadapan menjawab soalan yang diberikan




1)      Pelajar melihat dengan penuh minat  dan perhatian





2)      Pelajar tampil ke hadapan dan menyelesaikan operasi tolak menggunakan multimedia interaktif yang disediakan oleh guru


1)      Pelajar terus mendengar dengan lebih tekun dan teruja.





2)      Pelajar yang memegang bola semasa lagu dihentikan akan menjawab soalan yang diajukan





1)      Pelajar mendengar penjelasan dan memberi perhatian


2)      Pelajar menyiapkan lembaran kerja yang diberikan dan menghantar kembali kepada guru.






-Batang asikrim, bola kcil


















-Multimedia interaktif (kaedah bergambar)

















-Muzik dan sebiji bola

















































Penutup
(05 minit)
1)      Guru menunjukkkan tayangan video kepada pelajar.

2)      Guru bertanya kepada pelajar tentang kefahaman mengenai  pembelajaran hari ini iaitu operasi tolak nombor 1 digit dengan 1digit dalam linkungan 0 hingga 10

3)      Guru memberitahu bahawa operasi tolak juga penting dalam menggunakan wang melalui urusan jual beli.
1)      Pelajar melihat tayangan video yang ditunjukkan oleh guru.

2)      Pelajar menjawab soalan yang diajukan oleh guru.







3)      Pelajar mendengar maklumat yang disampaikan oleh guru

-Video
Tugasan lanjutan
Pelajar diminta untuk membuat lembaran kerja yang diberikan.
Pelajar melakukan tugasan yang diedarkan.


Penilaian kendiri:



Catatan penyelia:

_________________________________________________________________________________
RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN

Defenisi Rancangan Pelajaran Harian

“Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif,cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai”Petikan daripada "SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1999" : Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran KP (BS) 8591/Jilid XV/ (3) 9 Mac 1999

Dalam erti kata lain, Rancangan Pengajaran Harian merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang perlu disediakan oleh guru untuk beberapa waktu pelajaran dan juga merupakan pelan pengajaran yang tersusun dan terperinci yang mengandungi beberapa elemen yang perlu ditulis bagi bertujuan memudahkan guru mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Elemen yang perlu ada dalam Rancangan Pengajaran Harian :
  • Kumpulan sasaran (Kelas)
  • Tarikh dan masa
  • Mata pelajaran
  • Tema/Tajuk
  • Bidang pembelajaran
  • Tujuan
  • Hasil pembelajaran : kognitif, psikomotor dan afektif.
  • Konsep utama
  • Bahan, pealatan dan bahan sumber.
  • Langkah keselamatan/berjaga-jaga
  • Strategi/Aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
  • Penaksiran dan penilaian pembelajaran.

  
Berikut adalah kepentingan-kepentingan Rancangan Pengajaran Harian :-

  • Menentukan serta memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran  tercapai.
  • Meningkatkan keyakinan diri guru sebelum masuk mengajar.
  • Mengelak sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara yang hendak diajarkan.
  • Menentukan isi yang cukup untuk disampaikan dalam masa yang diperuntukkan.
  • Menentukan strategi atau aktiviti yang terbaik bagi menyampaikan isi pelajaran  yang bersesuaian dengan murid demi membantu murid mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki.
  • Menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang lebih tersusun dan bersistem.
  • Merancang penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai.
  • Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun.Mengehadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka waktu.
  • Membantu guru mengingat bahan dan pendekatan pengajaran yang perlu untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran.
_________________________________________________________________________________


                                  

PERKEMBANGAN DAN CIRI-CIRI KANAK-KANAK MASALAH PEMBELAJARAN
TAJUK             : TAJUK 22(BERMASALAH PEMBELAJARAN) ATAU LEARNING   
                           DISABILITIES

  Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepacayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara. Pendidikan telah menjadi agenda utama dalam pembangunan Negara dan kementerian bertanggungjawab memberi pendidikan untuk semua. Oleh itu, pendidikan yang khusus harus disediakan kepada pelajar yang mempunyai kebolehan dan keupayaan pelbagai.

Pendidikan khas adalah pendidikan yang direka cipta dan dirancang khas untuk kanak-kanak istimewa. Di Malaysia, pendidikan pemulihan dilaksanakan bagi membantu pelajar yang mengalami masalah menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M). tanpa bantuan, mreka akan gagal dalam menyelami hidup sebagai masyarakat dan kehilangan keyakinan diri untuk bersaing serta gagal mencari pengalaman yang menyeronokkan di sekolah serta tercicir dalam kemajuan ilmu. Pendidikan khas merujuk kepada pengajaran yang direka khas bagi melengkapkan keperluan seseorang kanak-kanak yang luar biasa dan memerlukan bahan-bahan pengajaran khas, teknik pengajaran yang luar biasa serta kemudahan-kemudahan yang tertentu (Hallahan & Kauffman, 1986). Menurut Kail (2001) hampir 4% daripada populasi dunia terdiri daripada individu luar biasa atau kanak-kanak berkeperluan khas. Kanak-kanak ini mengalami masalah dalam pembelajaran dimana perlunya proses pembelajaran yang khusus berdasarkan keperluan mereka. Justeru itu, langkah yang terbaik harus diambil bagi membantu kanak-kanak berkeperluan khas ini supaya dapat menjadi individu dan ahli masyarakat yang seimbang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.


 DEFINISI BERMASALAH PEMBELAJARAN

Kanak-kanak yang mengalami Masalah Pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar klinikal yang mengalami kecacatan dimana menganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian dan keupayaan kanak-kanak seperti kebolehan kognitif, tingkah laku atau perkembangan sosial, pertuturan, dan sebagainya.

Menurut Individual with Disabilities Education Act (IDEA), 1997, masalah pembelajaran didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada proses asas psikologi melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau penulisan di mana masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar, berfikir, bertutur dan membaca yang tidak sempurna. Ini tidak termasuk mereka yang bermasalah pembelajaran akibat daripada ketidakupayaan penglihatan, pendengaran dan motor, kerencatan akal, gangguan emosi atau kekurangan dalam persekitaran, budaya atau ekonomi.

The National Joint Committee on Learning Disabilities (NJCLD), 1990 mentakrifkan masalah pembelajaran sebagai merujuk kepada satu kumpulan masalah yang pelbagai yang mengakibatkan kesukaran yang nyata mendengar, bertutur, membaca, menulis, membuat keputusan atau menyelesai masalah matematik. Masalah ini berpunca daripada ketidakfungsian sistem saraf pusat dan boleh berlaku pada bila-bila tahap umur. Masalah mengawal tingkah laku, persepsi dan interaksi sosial mungkin wujud bersama masalah pembelajaran tetapi ia sendiri tidak akan menyebabkan kepada berlakunya masalah pembelajaran. Masalah pembelajaran mungkin wujud seiring dengan ketidakupayaan lain seperti masalah sensori, kerencatan mental atau gangguan emosi.

    SEBAB-SEBAB BERMASALAH PEMBELAJARAN

Menurut  Jamalia K.A. Mohamed (2005) masalah pembelajaran boleh terjadi disebabkan oleh kecederaan otak, keturunan, ketidakseimbangan biokimia dan persekitaran.
3.1      Kecederaan Otak
Kecederaan otak boleh berlaku semasa tiga peringkat iaitu sebelum kelahiran, semasa kelahiran dan juga selepas kelahiran. Sebelum kelahiran bayi keederaan otak pada bayi boleh berlaku apabila ibu yang mengandung mengambil alkohol atau dadah, merokok atau dijangkiti demam campak. Kecederaan ini juga boleh berlaku semasa kelahiran iaitu apabila masa kelahiran bayi yang terlalu lama menyebabkan bayi kekurangan oksigen. Manakala, selepas kelahiran, kecederaan otak boleh berlaku disebabkan demam panas yang terlalu teruk, kemalangan atau hentakan yang kuat pada bahagian kepala dan jangkitan meningitis.


3.2      Keturunan
Kajian banyak menunjukkan bahawa keturunan merupakan salah satu peyumbang kepada masalah pembelajaran. Penyelidik mendapati kira-kira 30-50% kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran apabila mempunyai ibu atau bapa atau kedua-duanya yang menghadapi masalah pembelajaran. Hal ini menunjukkan bahawa masalah pembelajaran boleh diwarisi daripada keturunannya.

3.3      Ketidakseimbangan Biokimia
Ketidakseimbangan biokimia juga boleh menyebabkan berlakunya masalah pembelajaran. Ketidakseimbangan bahan kimia ini boleh menjadi punca kepada masalah hiperaktiviti yang menyebabkan kesukaran dalam memberi tumpuan terhadap sesuatu perkara sebagai contoh kerja sekolah.

3.4      Faktor Persekitaran
Masalah pembelajaran bukan sahaja berlaku akibat daripada kecederaan otak, faktor keturunan dan ketidakseimbangan biokimia tetapi faktor persekitaran turut membawa kepada masalah pembelajaran. Persekitaran yang tidak kondusif dan serba kekurangan akibat daripada kemiskinan seperti amalan pemakanan yang tidak seimbang, keadaan rumah yang tidak selesa, persekitaran yang kotor atau bising, hubungan yang tidak baik antara ibu bapa dan anak-anak boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami masalah pembelajaran.


4.0      CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN

Memang sukar untuk menyenaraikan ciri-ciri pelajar bermasalah pembelajaran
kerana terdapat beribu-ribu kombinasi masalah kognitif dan sosio-emosi yang
dihadapi oleh kanak-kanak ini (Mercer, 1997). Bagaimana pun, adalah penting
untuk guru mengetahui ciri-ciri pelajar bermasalah pembelajaran kerana dia
perlu mengatur intervensi yang sesuai bagi membantu kanak-kanak ini. Ciri-ciri pelajar bermasalah pembelajaran boleh dibahagikan kepada ciri kognitif, akademik, sosial dan emosi serta tingkah laku.

4.1      Ciri Kognitif
Pelajar yang mengalami masalah pembelajaran kebiasaannya menunjukkan ciri kelemahan aspek kognitif dimana mereka lemah dalam pengamatan termasuklah tumpuan, perhatian, ingatan, dan pemikiran atau pengolahan. Pelajar bermasalah pembelajaran juga menghadapai kesukaran dalam mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan yang baru atau sukar mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam situasi pembelajaran. Pelajar ini juga sukar menyimpan sesuatu maklumat dalam jangka masa yang lama.
4.2      Ciri Akademik
Ciri akademik berlaku di kalangan pelajar bermasalah pembelajaran iaitu dalam masalah membaca, masalah lisan, masalah matematik dan masalah menulis:
4.2.1        Masalah membaca merupakan salah satu masalah utama bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Lebih kurang 80% daripada pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi masalah membaca (Lerner, 2000; Lynmoat, 1997). Ciri paling nyata dalam masalah membaca adalah mereka sukar memahami apa yang dibaca dan mengenal pasti perkataan serta sukar mengingati setiap  perkataan yang dipelajari. Istilah yang sering dikaitkan dengan masalah membaca ialah disleksia. Selain membaca pelajar ini juga mengalami kesukaran dalam lisan iaitu fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan pragmatik. Kesukaran dalam lisan menyebabkan pelajar ini sukar menerima apa yang diperkatakan dengan baik sekaligus menyebabkan mereka gagal untuk melibatkan diri dalam perbualan atau mengambil bahagian ketika bermain dan berinteaksi bersama kawan.
4.2.2        Masalah dalam mata pelajaran matematik juga berlaku dalam kalangan pelajar bermasalah pembelajaran. Para penyelidik mendapati bahawa 1 daripada 4 pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran matematik (Rivera, 1997). Diskalkulia (dyscalculia) merupakan istilah yang digunakan secara meluas bagi ketidakupayaan dalam kemahiran matematik. Secara umumnya diskalkulia bermakna ketikupayaan untuk mengira. Pelajar ini menghadapi kesukaran dalam memahami dan menguasai pengiraan asas matematik seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Selain itu, pelajar bermasalah pembelajaran juga tidak berkeupayaan dalam membuat anggaran dan pengukuran seperti saiz, nilai, wang, jarak atau cecair. Pelajar ini juga menghadapi kesukaran dalam menyelesaikan masalah matematik bentuk ayat dan bahasa.
4.2.3        Bidang terakhir dimana pelajar bermasalah pembelajaran mengahadapi kesukaran untuk belajar ialah masalah menulis. Masalah menulis dalam kalangan pelajar bermasalah pembelajaran berlaku kerana mereka menghadapi kesukaran untuk memegang pen atau pensel ketika menulis dengan tangan, tatabahasa yang tidak betul, menggunakan huruf yang berlainan saiz, perenggan yang tidak teratur, dan gagal menggunakan struktur ayat yang kompleks. Kebiasaanya, pelajar bermasalah pembelajaran ini mempunyai kemahiran menulis yang lebih rendah berbanding rakan mereka yang biasa atau normal. Bagaimanapun, kemahiran menulis ini dapat dipertingkatkan dengan adanya intervensi awal dan kaedah pengajaran dan pembeajaran yang sistematik.

4.3      Ciri Sosial dan Emosi
Setelah mengkaji semula lebih seratus penyelidikan, Kavale dan Forness (1996) membuat kesimpulan bahawa kira-kira 75% pelajar bermasalah pembelajaran menunjukkan kekurangan kemahiran sosial. Pelajar yang menghadapi masalah sosial yang lemah ialah apabila mereka sukar mencari kawan, tidak mempunyai rakan permainan yang ramai, kurang berinteraksi dengan rakan dan juga guru, tidak mengambil bahagian dalam aktiviti permainan. Adakalanya mereka tidak dapat menolak tekanan rakan sebaya yang negatif dan tidak mampu mencari model rakan sebaya yang baik. Hal ini harga diri (self-esteem) menjadi rendah dan boleh mengakibatkan mereka bertingkah laku negatif dan menyakiti orang lain. Seterusnya, emosi adalah melibatkan motivasi dalam diri pelajar bermasalah pembelajaran. Motivasi yang diperkatakan ini adalah berkaitan aktiviti pembelajaran. Pelajar ini tidak mempunyai motivasi dalam aktiviti pembelajaran yang disertai. Apabila mereka berjaya dalam peperiksaan ianya akan dianggap sebagai bernasib baik manakala sekiranya gagal mereka akan menganggap diri mereka bisu (dumb). Keadaan ini menunjukkan betapa lemahnya motivasi mereka.
4.4      Ciri Tingkah laku
Dianggarkan antara 15 hingga 40 peratus pelajar bermasalah pembelajaran mempunyai masalah sukar memberi tumpuan, mudah terganggu, impulsif, telalu aktif dan resah, tidak mengikut arahan, tidak menyiapkan kerja dan sebagainya (Kirk 1997; Torgese & Litcht, 1983). Sebahagian pelajar bermasalah pembelajaran mempunyai masalah sukar memberi tumpuan, mudah terganggu, terlalu aktif dan resah, tidak mengikut arahan dan sebagainya. Istilah yang sering digunakan dalam masalah ini di sebut masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (ADHD). Masalah tingkah laku ini akan mengganggu kelas dan tidak menyenangkan bagi guru, ibu bapa dan pelajar lain. Masalah tingkah laku ini juga boleh mengganggu hubungan sosial dan memberi kesan negatif terhadap penilaian kendiri pelajar.

               KHIDMAT BANTU YANG DIPERLUKAN OLEH KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN
Perkembangan khidmat sokongan bermula sekitar tahun 1970-an apabila ahli-ahli psikologi percaya bahawa konsultasi perlu dipermudahkan. Menjelang tahun 1980-an khidmat sokongan mula mendapat perhatian dalam pendidikan khas (Cook &Friend,1991a) Beliau juga telah mendefinisikan khidmat sokongan sebagai satu gaya perhubungan secara langsung sekurang-kurangnya antara dua kumpulan yang bersetuju dalam membuat keputusan untuk mencapai matlamat yang sama. Menurut Sher dan Baur (1991), khidmat sokongan sepenuhnya merangkumi interaksi setiap anggota di sekolah yang melibatkan antara guru dengan ibu bapa murid-murid khas, guru, ibu bapa dan murid-murid lain dalam kelas biasa. Terdapat beberapa khidmat sokongan yang dapat digunapakai oleh pelajar bermasalah pembelajaran:
7.1      Khidmat Kesihatan
Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran juga menghadapi masalah kesihatan. Masalah kesihatan ini akan menganggu mereka dalam mendapatkan peroses pembelajaran dengan baik. Antara masalah kesihatan yang dialami oleh kanak-kanak berkeperluan khas ini ialah sawan (epilepsy), lelah (asthma), hemophelia (masalah darah), jantung berlubang, leukemia, hyperaktif dan alahan. Penyakit-penyakit ini memerlukan bantuan daripada khidmat kesihatan untuk membantu mereka dalam mengurangkan masalah dalam kesihatan. Khidmat ini dibeikan dalam bentuk pemulihan fizikal, peralatan perubatan dan sebagainya.


7.2      Terapi (Jurupulih anggota, carakerja, pertuturan dll)
7.2.1        Cara kerja pula boleh membantu murid-murid slow learner, sindrom down, disleksia atau terencat akal menjalankan aktiviti. Guru boleh melatih mereka bagaimanakah cara kerja yang betul agar dapat menyiapkan atau menyelesaikan aktiviti yang dijalankan dengan betul dan cepat. Bagi murid slow learner misalnya mereka boleh menjalankan aktiviti tetapi lambat menyelesaikannya. Sebagai contoh di sini, apabila guru meminta murid mengangkat kotak hadiah yang berwarna biru. Guru memberikan arahan ini berulang kali. Guru tidak harus jemu untuk mengulang-ulang apa sahaja kerana murid-murid ini kurang berupayaan untuk memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru terbabit sahaja. Guru memberikan bimbingan kepada murid yang tidak dapat memilih kotak berwarna biru tersebut.
7.2.2        Terapi hidro dilihat sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi pergerakan motor kasar dan halus serta mental kanak-kanak dapat dirangsang secara serentak. Pergerakan dalam air didapati lebih mudah dan bebas serta tidak dibebani oleh keperluan alatan sokongan selain daya apungan air sahaja. Rangsangan air yang secara semulajadi dapat membantu kanak-kanak tenang walaupun pada permulaannya sesetengah kanak-kanak akan berasa takut untuk masuk ke dalam air. Perkara ini dapat diatasi dengan membawa kanak-kanak ke kawasan cetek sebelum berpindah ke kawasan yang lebih dalam. Secara tidak langsung telah dapat melatih membina keyakinan diri kanak-kanak “water confidence”. Melalui terapi seumpama ini, ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal dengan aktiviti-aktiviti seperti regangan seterusnya melembutkan sendi dan meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot rangka kanak-
kanak tersebut.



7.3      Intervensi awal
Intervensi awal kepada pelajar bermasalah pembelajaran dapat digunakan melalui penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) yang dapat meningkatkan tahap pendidikan dan pemahaman pelajar. Penggunaan carta-carta daripada kad yang berwarna-warni semasa proses pembelajaran dapat meningkatkan fokus pelajar semasa di dalam bilik darjah. Tambahan lagi, teknik menggunakan bahan rujukan dan ilmiah seperti buku-buku yang menarik, bergambar dapat mempengaruhi kesungguhan pelajar bermasalah pembelajaran dalam menyertai aktviti pengajaran dan pembelajaran. Bagi pelajar bermasalah pembelajaran lembam akan diintervensikan melalui pengajaran yang berpusatkan individu dan bukannya berkumpulan disebabkan tahap keupayaan pelajar adalah berbeza. Perancangan sebelum proses P&P juga haruslah dirancang dengan strategik.
7.4      Psikologis
Psikologis diberikan dari segi pengurusan tingkah laku kanak-kanak ini. Melalui khidmat bantu psikologis tingkah laku kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran dapat dikawal dengan cara terapi berdasarkan tingkah laku yang diingini.
7.5      Kaunseling
Intervensi Kaunseling Kaunseling adalah satu proses perhubungan menolong secara professional berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor mengikut kod etika kaunselor untuk membantu klien meneroka, menganalisis, memahami diri dan mampu membuat keputusan sendiri. Jenis-jenis intervensi kaunseling seperti kaunseling secara individu iaitu melibatkan proses menolong secara bersemuka diantara seorang kaunselor dengan seorang klien serta kaunseling kelompok dimana berlaku satu proses perhubungan menolong secara bersemuka antara seorang atau lebih dengan beberapa orang klien. Khidmat sokongan ini juga penting yang bertujuan untuk membantu individu dalam perkembangan emosi mereka dan mencari sumber maklumat secara langsung atau tidak langsung bagi mengenalpasti bentuk kerja yang sesuai dengan keupayaan pelajar tersebut.
7.6      Perubatan
Memberikan latihan-latihan fizikal kepada pelajar dan menyediakan ujian fizikal bergantung kepada masalah yang dialami oleh murid tersebut. Mereka ini juga berperanan membantu merujuk masalah kesihatan yangdialami kepada pakar perubatan atau terapi yang difikirkan perlu kepada murid tersebut
7.7      Perkhidmatan Khas
Perkhidmatan khas merupakan khidmat sokongan khas yang diberikan kepada kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Khidmat ini menyediakan bantuan dari segi pengurusan dan pendidikan kanak-kanak tersebut.
7.8      Pengajaran Individu (RPI)
Zakaria Abdul Rahman (1992) mengatakan sekiranya terdapat satu kebenaran tentang pembelajaran, ia adalah satu penyataan bahawa setiap individu itu berbeza dan pembelajaran patutlah bermula daripada tahap pelajar berada ke tahap yang dapat dicapai olehnya. Rpi merupakan satu pengajaran yang khusus terhadap seseorang pelajar. RPI adalah satu perancangan pendidikan individu dibuat secara bertulis yang mengandungi perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk kanak-kanak tersebut.  Justeru itu, terdapat beberapa jenis pengajaran individu yang dijalankan mengikut tujuan dan objektif pengajaran tersebut. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) telah menjeniskan pengajaran individu kepada empat, iaitu Munsyi atau “tutoring”, kursus melalui pos, Rancangan Berunit Mengikut Kecepatan Sendiri dan Pengajaran Terancang, dan Pengajaran Berbantukan Komputer. Namun, pengajaran melalui pos tidak bersesuaian atas murid lembam kerana tidak bersesuaian dengan tahap murid tersebut.
7.9      Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT)
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti menggunakan “power point” dalam “electronic dictionary” dapat menunjukkan demonstrasi dalam bentuk yang kompleks dimana dapat menarik minat pelajar bermasalah pembelajaran tentang subjek yang diajar dan mengelakkan rasa bosan terhadap pembelajaran secara konvesional

 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN MASALAH PEMBELAJARAN

Mengajar kanak-kanak khas bukan perkara yang mudah tetapi mungkin menyeronokkan bagi sesetengah golongan yang mempunyai minat mendalam terhadap kanak-kanak khas. Bagi yang tidak berminat tetapi terpaksa melibatkan diri dalam bidang ini, pastinya pengalaman ini adalah perkara yang merungsingkan malah mencabar. Mengajar murid dengan keperluan khas memerlukan strategi penilaian yang berbeza daripada yang dijalankan di arus perdana bagi menetukan keberkesanan pengajaran (Barber dan Holdbart 1998). Bagi pendekatan pengajaran untuk pelajar bermasalah pembelajaran guru-guru haruslah memainkan peranan penting dalam memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta mencari kaedah yang efektif bagi memastikan pembelajaran yang diperolehi oleh pelajar bermasalah pembelajaran dapat membantu meningkatkan tahap pencapaian akademik dan kemahiran. Guru seharusnya menggunakan variasi teknik bagi membentuk persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif bagi membantu pelajar bermasalah pembelajaran.

8.1      Mengendali murid bermasalah pembelajaran
a.       Tugasan dan bahan bantu
Tugasan yang diberi haruslah ringkas tetapi diberi secara kerap. Tugasan yang ringkas dapat memberi peluang kepada pelajar bermasalah pembelajaran menikmati kejayaan dan memberi peluang kepada guru untuk mendekati pelajar. Tugasan yang kerap dapat membantu meningkatkan peluang pelajar tersebut untuk berjaya. Ini dapat dilakukan dengan mengadakan analisis tugasan iaitu dengan menjadikan tugasan dalam bentuk unit-unit kecil. Sebagai contoh, beri lima ayat ataupun lima soalan sahaja supaya pelajar dapat menerima maklum balas secepat mungkin. Selain itu, guru haruslah bertanggungjawab menyemak tugasan pelajar secepat mungkin bagi membolehkan pelajar mendapat pujian dan maklum balas lebih awal serta membenarkan pelajar menggunakan pelbagai kaedah pembelajaran seperti pita rakaman bagi memudahkan pelajar untuk memperoleh dan menyampaikan maklumat.
b.      Masa dan ruang
Semasa sesi pembelajaran berlangsung guru harus memastikan meja tidak dipenuhi dengan bahan-bahan yang tidak diperlukan dan pastikan guru sentiasa mengawal pelajar daripada duduk bersendirian dan memudahkan pengawasan. Guru juga perlu mengasingkan pelajar khas dengan pelajar yang menganggunya. Bagi mengekalkan minat dan motivasi masa senyap dan masa aktif haruslah diselang-selikan serta mengadakan kontrak kerja bagi tugasan tertentu supaya pelajar mendapat idea berkaitan tanggungjawab yang diberi. Hal ini dapat membantu pelajar bermasalah pembelajaran dalam meningkatkan kemahiran berdikari.
            Guru yang efektif adalah individu yang sentiasa memperdalamkan kemahiran dalam pengajaran bagi membolehkan pengajaran memberi faedah kepada pelajar bermasalah pembelajaran dan mendapat hasil daripada pengajaran itu.             Pendekatan yang digunakan seperti mengaplikasikan pendekatan belajar sambil bermain dapat meningkatkan kemahiran pelajar bermasalah pembelajaran. Sebagai contoh belajar permainan bentuk, pelajar bukan sahaja dapat belajar malahan dapat mengenali bentuk secara konkrit. Proses pengajaran haruslah dijalankan dengan kadar yang perlahan mengikut kebolehan pelajar tersebut. Pelajar bermasalah pembelajaran mungkin tidak dapat menerima arahan dengan kadar yang cepat dan terlalu kompleks. Oleh itu, arahan yang diberikan oleh guru haruslah secara jelas, betul, ringkas, khusus dan lengkap dengan butiran yang terperinci di samping memberikan bimbingan dan bantuan secara berterusan dengan berkesan. Seterusnya, menyediakan suasana pembelajaran yang menarik perhatian pelajar-pelajar untuk melibatkan diri di dalam aktiviti pembelajaran. Suasana pembelajaran haruslah mengandungi elemen-elemen yang boleh diakses, keselamatan dan kebersihan. Persekitaran pembelajaran yang harmoni dan memenuhi keperluan pelajar dapat memastikan penglibatan pelajar secara aktif. Guru boleh meletakkan atau menggunakan bahan-bahan yang menarik sebagai hiasan atau peralatan dalam bilik darjah yang dapat menarik minat pelajar sebagai contoh sudut kesenian dan sebagainya.
            Kemahiran perlu diterapkan dalam diri pelajar bermasalah pembelajaran agar dapat membantu pelajar ini lebih berjaya pada masa hadapan. Guru boleh memasukkan elemen vokasional dan kemahiran kendiri dalam kurikulum. Pelajar-pelajar dilatih menguruskan keperluan sendiri seperti makan, minum, mandi dan memakai pakaian tanpa bantuan orang lain. Bagi memperkukuhkan lagi kemahiran yang dipelajari dan proses pembelajaran yang dilalui, guru hendaklah menggunakan peneguhan positif atau negatif bagi merangsang murid berusaha untuk meningkatkan kemahiran yang diperolehi. Peneguhan dapat diberikan dalam bentuk ganjaran atau hadiah kepada murid yang berjaya menguasai sesuatu kemahiran sebagai contoh dapat bertutur dengan baik. Bagi pelajar yang masih lagi tidak mampu menguasai kemahiran yang dipelajari guru mungkin boleh menggunakan peneguhan negatif dimana menarik sesuatu keistimewaan yang diberikan oleh pelajar tersebut. Oleh itu, rangsangan yang sesuai harus digunakan terutama sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan pengajaran dan peralatan permainan yang berunsur ilmiah dapat merangsang minat dan penglibatan pelajar secara efektif dalam aktiviti pembelajaran. Bagi memastikan pelajar bermasalah pembelajaran ini mengawal tingkah laku dengan baik, guru haruslah sering mendekati dan memberi perhatian melalui perbualan dan interaksi. Jelaslah, guru memegang tugas yang penting dalam membantu pencapaian akademik serta kemahiran pelajar. Bagaimanapun, tanpa adanya perancangan pengajaran dan pembelajaran yang sistematik dan berkesan pelajar-pelajar tidak dapat memperolehi pengalaman yang menyeronokkan.

            KESIMPULAN

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran dikenalpasti dan dikategorikan berdasarkan jenis kecacatan atau kekurangan yang dialaminya dalam keadaan luar biasa iaitu dari segi fizikal, mental, emosi dan tingkah laku. Masalah yang dialami oleh kanak-kanak ini juga telah disahkan oleh pakar klinikal. Pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran dalam pembelajaran disebabkan oleh faktor psikologi dan faktor persekitaran. Terdapat pelbagai sebab atau faktor yang menyebabkan berlakunya masalah pembelajaran iaitu kecederaan otak, keturunan, ketidakseimbangan biokimia dan persekitaran. Pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi masalah dalam kognitif, akademik, sosial dan emosi serta tingkah laku. Masalah-masalah yang dialami oleh kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini telah menganggu mereka mendapat pengalaman yang bermakna dalam proses pembelajaran terutamanya. Masalah kognitif menyebabkan mereka tidak mampu untuk menghasilkan pengamatan yang baik dan sering hilang fokus semasa berada di dalam bilik darjah. Perhubungan sosial yang kurang baik mempengaruhi tingkah laku yang tidak diingini. Hal ini telah menganggu pencapaian dalam akademik mereka. Oleh itu, khimat sokongan amat diperlukan dalam membantu kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini dalam pelbagai aspek.
Masalah pembelajaran ini dapat dikenal pasti melaui penaksiran terhadap seseorang kanak-kanak tersebut. Penaksiran pelajar bermasalah pembelajaran boleh lakukan melalui beberapa kaedah seperti RTI yang digunakan untuk mengenalpasti kewujudan masalah pembelajaran. Selain itu, penaksiran formal dan penaksiran tidak formal juga boleh digunakan. Dengan adanya penaksiran ini kita dapat mengtahui setakat mana kebolehan dan keupayaan pkanak-kanak tersebut. Selain itu, terdapat beberapa penempatan yang ditawarkan serta kaedah pengajaran yang sesuai kepada pelajar bermasalah pembelajaran bagi memastikan pembelajaran mereka dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Kaedah ini dapat membantu kanak-kanak bermasalah pembelajaran belajar dengan baik dan membantu dalam pencapaian akademik mereka. jelaslah kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran ini mempunyai masalah utama dalam pengamatan dan pembelajaran dimana mereka memerlukan bantuan pengajaran yang efektif untuk memastikan mereka dapat menerima proses pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru-guru.

      RUJUKAN

Messe .2001.HBS1103  Modul  Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah 
                Pembelajaran.  Universiti Terbuka Malaysia.

© Hak Cipta Terpelihara 2014, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
              Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8 dan Mozilla Firefox 3 ke atas.       
              Resolusi terbaik 1024 x 768 pixel Dikemaskini terakhir pada 29/08/2014@11:00

       Jamalia K.A. Mohamed 2005, Pendidikan khas untuk kanak-kanak istimewa / Jamila Mohd.
                    Kutty. Ms.145 ISBN10: 983-3376-41-X, ISBN 13: 978-983-3376-41-4
                    Diterbitkanoleh: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

       © Hak Cipta Terpelihara 2013, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
                     Emel: webmaster@jkm.gov.my

         Messe .2001.HBS1103  Modul  Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah 
                     Pembelajaran.  Universiti Terbuka Malaysia.

        Noel Gunther, LD online’s Executive Director, learning disabilities and ADHD
                     2010 WETA, from www.idonline.org/features/idea 2004

        Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (2004), Portal Rasmi PDKnet, 16 Sept 2004
                     Daripada www.Pdknet.com.my/web/index.php?

       Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Falsafah Pendidikan Kebangsaan, matlamat
                    Dan misi 2001, Kementerian Pendidikan Malaysia

       Garis Panduan pelaksanaan Program Pemulihan Khas 2008, Jabatan Pendidikan Khas
                   Kementerian Pelajaran Malaysia.


No comments:

Post a Comment