BEIJING: Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata China mahu membantu Malaysia menyediakan guru bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Mandarin serta pakar Matematik di sekolah kebangsaan.
Timbalan Perdana Menteri berkata, persetujuan itu hasil pertemuan beliau dengan rakan sejawatannya, Yuan Guiren.
Selain itu katanya, hasil perbincangan dua hala dengan Timbalan Perdana Menteri China, Zhang Gaoli, turut bercadang meningkatkan nilai dagangan dan pelaburan termasuk mahu lebih banyak syarikat milik kerajaan melabur ke Malaysia.
Katanya, usaha itu selaras dengan sasaran untuk meningkatkan perdagangan dua hala sehingga AS$160 bilion (RM546.8 bilion) dalam tempoh lima tahun sehingga 2017.
No comments:
Post a Comment