Monday, 17 November 2014

Bicara Hati !

Assalamualaikum dan selamat pagi,.
Menjadi seorang pelajar sememangnya banyak menghadapi cabaran yang sangat hebat terutama sekali bagi yang mengambil kursus dalam pendidikan iaitu Pendidikan Khas. Sebagai bakal guru, kita haruslah tekun mencari ilmu sehingga menjadi individu yang benar-benar hebat dalam segala penerokaan ilmu pengetahuan untuk dibawa dan diberikan kepada pelajar saat benar-benar telah memegang tampuk sebagai pendidik. Dalam perjalanan bidang pendidikan khas, kesabaran yang tinggi diperlukan agar sewaktu menghadapi pelajar-pelaajr istimewa ini tidak langsung wujud rasa penat, menyesal, marah, sakit hati dan sebagainya. Pelajar istimewa ini adalah sumber dan bekalan kepada kita untuk menghadapi hari akhirat kelak. Setiap ilmu yang diturunkan, setiap tangan yang membelai, setiap hati yang menurunkan rasa ikhlas saat bersama mereka, setiap mata yang memandang dengan penuh rasa harapan mereka dapat berjaya pada masa kelak, setiap kasih sayang diberikan menjadi upah dan pendapatan yang begitu lumayan sebagai pendidik. Jadi, ikhlaskan hati anda untuk menjadi guru kepada kanak-kanak istimewa ini.. In shaa Allah pahala yang berganda menanti anda :)

No comments:

Post a Comment